BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 1, 2009

Failure


Kegagalan? Apakah erti kegagalan yang sebenar? Takutkah kamu kepada perkataan itu? Ya, sudah pasti ramai yang menjawab, siapa yang hendak gagal? Orang yang gagal akan terus dalam kebodohan. Itu jawapan yang biasa kita dengar. Tapi hakikatnya bagiku, gagal bukanlah suatu perkara yang sumbang. Bukan org yang gagal yang akan terus hidup dalam kebodohan tetapi orang yang bodoh akan terus hidup dalam kegagalan. Mentaliti kata amat berbeza dengan orang yang sentiasa berpandangan jauh. orang yang berpandangan jauh tidak pernah melihat kegagalan sebagai suatu penghalang atau berakhirnya sesuatu tetapi orang yang gagal sebenarnya sedang membina suatu perkara yang baru yang akan menjadi permualaan kepada impiannya. "Never declare you are success if you never fail." Orang yang pernah gagal adalah sebenarnya pejuang kepada hidupnya sendiri sekiranya dia berusaha untuk memperbaiki kegagalannya itu dan bukannya berserah kepada takdir semata-mata. erti kehidupan yang hakiki bukan kepada apa yang telah kita lakukan tetapi lebih kepada pengisian kehidupan itu sendiri. Abraham Lincoln  pernah berkata, "My great concern is not whether you have failed, but whether you are content with your failure."  Benarlah usaha itu tangga kejayaan. tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Kegagalan bukanlah bermaksud Allah telah lari darimu tetapi kegagalan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengaNya. Sia-sialah bagi seseorang yang pernah gagal dan bukan sahaja melupai Penciptanya malah menyalahkan takdir Pencipta di atas kegagalannya.


0 comments: