BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 9, 2009

Kalau melayu memang melayu


Takkan melayu hilang di dunia. Kata2 tu pernah diungkapkn oleh Hang Tuah. Tapi sejauh manakah kebenarannya? Melayu takkan pernah hilang kalau bangsa ini terus memajukan diri tapi melayu akan terus terkubur andai bangsaku ini terus hidup dalam kealpaan gerak tari dunia. Bagai lalang ditiup angin. terlalu mudah mengikut telunjuk org lain. Umpama pahat dengan penukul, bila disuruh baru bertindak. sudah terhantuk baru tergadah, bila dah ditimpa musibah baru nak cari penawar. Terlebih dahulu sy memohon maaf sekiranya ada pihak yg terasa tetapi apa yg saya perkatakan ni bukan tentang bangsa lain, tapi bangsa sy sendiri. jadi secara tak lansung sy termasuk dalam apa yang diperkatakan. Bangsa kita ni memang kuat dalam memperjuangkan hak kita sekiranya ada yg mengata atau mengutuk melayu. Tapi kalau setakat memperjuangkan hak sahaja dan kemudian terus berpaling ke arah kealpaan kembali memang tak ada gunanya. lihatlah sekeliling kita. apa yg dah jadi dgn ank2 melayu kita? tak perlu diperkatakan, semua dah sedia maklum. Adab kesopanan bangsa melayu yg kita banggakan dulu mungkin telah pupus. apa yg pernah Dr M perkatakan dulu tentang melayu memang ada benarnya. Melayu mudah lupa. kita lupa asal usul kita, kita lupa siapa kita, kita lupa sejarah hitam kita. mungkin kerana kita sekarang terlalu asyik dengan kesenangan yg dinikmati. Tapi ingtlah, tak mustahil bangsa kita akan terjajah kembali. tak mustahil negara kita akan tergadai lagi kalau melayu terus alpa. Kenapa kita masih belum cukup sedar tentang hakikat itu? seharusnya, setiap melayu terus berusaha memperjuangkan bangsanya agar kita setanding dengan bangsa2 lain yg sudah pun menakluki dunia. Memang betul, kita telah banyak lahirkan cendiakawan etc. tapi kalau sekadar minoriti, mustahil bg kita untuk pergi lebih jauh. org kita ni terlalu banyak PHD nye. perasaaan hasad dengki mengalahkan segalanya. dengki bila org lebih dr kita. dengki bila org bjaya dr kita dan dengki in almost everythng. tak tahulah kenapa. dan dengki tu hanya wujud sebagai dengki semata2. bukannya nak berusaha untuk smaakan taraf dengan org tu. siap main kotor adalah. kenapa ye benda2 macam ni boleh terjadi? Entahlah..sy tak punya jwapn untuk persoalan tu. sama2 lah kita pikir. Dan sama2 lah kita ingat blk pe yg dah kita lalui.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

0 comments: